Sunday, October 28, 2012

Perubahan

Alhamdulillah, hari Rabu yang lalu, aku terima satu beritabaik yang dapat merubahi hidup ku. Agak tak percaya, kerana dengan hati ku yang keras ini, sudah mula lembut untuk mendirikan rumahtangga. Ianya memakan masa untuk ku ingat kembali keluar yang macam mana ingin ku bina. Tercetus difikiran ku kenagan membina "Keluarga Sakinah". Segalanya bermula daripada diri ku, yang akan menjadi seorang suami, insya Allah seorang yang. Seseorang yang akan menjadi ketua keluarga, haruslah tahu kemana arah tujuan yang harus dibawanya. Dari itu aku mula lah dengan Agama, kemudian kepada hal rumahtangan dan disampingan itu aku harus tahu bagaimana harus mengimbang. Aku mengambil keputusan untuk berhenti berlebihan berkhayal di alam cyber (main game),aku juga mula "check" apa yang kurang pada diriku dari segi agama, sudah terang banyak amalan baik yang telah aku lupa untuk ku teruskan selama ini. Dari itu aku mula dengan solat, aku akan mula biasakan mengejarkan solat dengan seawal mungkin dan bukan untuk memperlewatkan dengan alasan supaya aku boleh satukan solat seperti solat zohor dan solat asar dengan masa yang dekat, kerana kadang kala aku pasti terlupa ataupun terlepas. Sambilan itu akan mula baik mengamalkan amal2 yang baik pada harian ku. Sesungguhnya aku bukan "Action Alim" tapi, aku ingin melaksanakan yang terbaik untuk menjadi ummat rasullullah. Sementara, ini sahaja yang haru aku tumpukan... Aku tahu, banyak lagi yang harus aku tingkatkan sebelum aku mula melamar pada tahun hadapan. <3 sekian wasalam :)

No comments:

Post a Comment